LoVe yOu aLl

aznie suhaila ariff

My photo
name sy azni suhaila binti mohamad ariff..sy takut air...tp suke hujan..sy takut angin tp suke laut..sy takut tinggi tapi sy suke gunung..sy takut kat awak..tp sy suke awk... saya budak manja.. suka menagis.. tapi saya pandai berdikari.. saya tak harapkan awak je tolong saya!!

That Moment









Rindu.. Rindu.. Rindu 
Ya Allah dah berapa banyak ulang dah.. Tapi semua sudah berlalu. tak mungkin dapat ulang balik masa lalu kita dulu tu kan. 
Bila lah kita semua dapat berkumpul kembali seperti dahulu. 

Berjalan bersama, makan bersama, bercerita bersama..




Ini lah budak sombong tu, kite tak sombong la.. kite baik taw..
Masih teringat kenagan Sem1, buat kerja gila di tengah-tengan malam bersama Siti Rohayu, buat Video Clip pukul 2 pagi depan tandas. 

Selalu lepak depan padang malam-malam lepas keluarkan duit di ATM, Satu hari, masa nak keluarkan duit malam-malam kemudian nampak sekumpulan lelaki yang ramai, teramat ramai. lintang pukang lari pergi menyorok belakang bangunan. Sambil menangis. Thanks Amira Hasmaaiza sebab tenangkan kite masa tu.
3 semesta duduk dalam Kamsis, macam-macam yang berlaku. menjadi make up artis masa sem 2. wahh.. popular kite masa tu, ramai akak senior yang gunakan khidmat kita ni, free je. kite kan baik.



Menjadi penjual Nasi Lemak masa sem 2 dan 3. Tapi hanya menjadi pembantu je lah. Pembantu kepada Imana Jidin. buat aktiviti jualan selepas pergi kuliah magrib. Yang lawaknya, ada lah junior ni tak pergi kuliah magrib, bila kita datang jual Nasi lemak, budak ni siap pegang-pegang badan kita lagi. nak pasti kan kita ni otang ke tak.. hahahaha.. Sebab dekat Kamsis memang popular Hantu Nasi Lemak.

Sem 4. pergi Latihan Industri. dah cerita haru tu.

Sem 5. my first time duduk luar. nak rasa berdikari lah konon. Rumah jauh. RM1 hari-hari naik bas. tapi duduk dekat sini paling banyak kenagan. Ada pahit, ada manis. yang pahit tu satu je lah. sebab kite kena intai.. OMG.. teruk punye lelaki. smapai sekarang Fobia bila tengok mata Lelaki.

                             


Sem6 Pindah rumah sebab rumah jauh, Dapat rumah depan Politeknik saja. tapi tu pun kena jalan kaki juagk. tapi sekurang-kurangnya tak perlu naik bas. Kali ni dapat duduk dengan Ex. Roommate. Kila.. dapat kenal dengan kawan-kawan kila. Jadi.. Paling rapat dengan Mastura. Eh.. sama nama dengan Ayong kan..
Semua kenangan akan menjadi indah walau pun kenangan tu pahit jika kita tahu cara menghayati kenagan tu.. Sentiasa fikir Positive. 
Kawan ketawa memang ramai, tapi.. kawan menangis susah untuk di cari.



  • Imana Jidin terima kasih sebab sudi menjadi kawan + roommate. menjadi tempat untuk bermanja-manja. walaupun kau perempuan sibuk yang tak berkerjaya.

  • Siti Rohayu walaupun kita selalu gaduh. tapi, kau pendengar yang setia. Thanks Ayu ajar aku mengaji.

  • Amira Hasmaaiza kau lagi mude dari aku. tapi kau lagi matang. segala nasihat kau aku ingat sampai sekarang.

  • Cik Mieza terima kasih sebab take care, masak untuk aku. Love u. walaupun ganas.. tapi one day nanti kalau kau jadi mama, mesti kau jadi mama yang baik.

  • Nadiah Samsudin kau pun boleh jadi mama yang baik. Thanks bawak jalan-jalan. kau sentiasa fikirkan orang dulu sebelum kau fikir diri kau sendiri. 
  • Nurul Izzati mulut kau memang pedas. Tapi hati kau baik. Ada je yang boleh kite kongsi sama-sama. Baru aku tahu, kenapa masa aku peluk kau lepas UBS tu aku menangis. 

Saat-saat indah kita bersama aku abadikan di sini, supaya bila suatu saat nanti, jika aku sudah tiada, ia akan menjadi kenangan untuk kamu semua, untuk anak-anak ku, orang yang tersayang.

Biar pun ada yang telah menghilangkan diri, ada yang telah menjauhkan diri, but.. i still remember you. your name, your face. Never mine, mungkin aku ni tidak layak menjadi kawan kamu.






Ya ALLAH
Bila ada sahabat kami, yang bersedih berikanlah kebahagiaan untuknya, Bila ada sahabat kami, ada yang terluka jadikanlah lukanya awal dia jadi bijaksana bila ada sahabat kami yang sedang jatuh cinta…jagalah hatinya sesuai kehendakMU. Lindungilah kami dari jalan yang tidak ENGKAU redhai.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...